Monday 24 October 2011

Safi Rania Gold : Krim Pelembap Siang SPF20PA++, Krim Pelembap Malam dan Krim Kecantikan

Krim Pelembap Siang SPF20PA++
Krim Pelembap Siang SPF20PA++ (RM19.90)

Setiap hari kulit anda terdedah kepada pelbagai elemen yang boleh menjejaskan tekstur dan lembapan kulit, menyebabkan kulit hilang keanjalannya dan tona menjadi tidak sekata. Lindungi ia dengan penjagaan yang sesuai.

Krim Pelembap Siang SPF20PA++ Safi Rania Gold mengandungi perlindungan UV ekstra untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB. Ia juga menganjal serta melembapkan kulit sepanjang hari.

Elakkan mengguna krim pelembap pada bahagian mata sekeliling mata kerana krim yang kaya tidak sesuai pada kulit mata yang nipis. Ia akan mengakibatkan manik-manik minyak terkumpul pada bawah mata.

Krim Pelembap Malam


Krim Pelembap Malam (RM22.90)

Ketika tidur di malam hari kulit wajah anda melalui proses pemulihan sel secara semula jadi. Proses ini memerlukan nutrien yang mampu menghidrat kulit wajah untuk pertumbuhan sel yang sempurna.

Krim Pelembap Malam Safi Rania Gold bertindak secara intensif untuk mempertingkatkan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel serta menghidrat kulit wajah di waktu malam. Krim yang berasaskan gel ini menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus, menjadikan kulit wajah kekal awet muda dan lebih anjal.

Untuk bahagian sekeliling mata yang sensitif, gunakan Krim Kontur Mata Safi Rania Gold.

Krim Kecantikan



Krim Kecantikan (RM 8.50)

Kulit yang tidak mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan kusam dan tak bermaya. Garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan mula terbentuk.
Atasinya dengan penjagaan yang lengkap.

Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membekalkan nutrien penting yang bertindak mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus. Ia juga menganjal dan melembap di samping melindungi kulit daripada menjadi kusam.
Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan dan asas solekan untuk kulit wajah kekal awet muda, anjal dan cerah sentiasa.

 

0 comments:

Post a Comment