Tuesday 25 October 2011

~Rahsia Untuk Kulit Supaya Kekal Cantik~

Disini saya ingin kongsikan bersama rahsia kulit kekal cantik. Sebelum itu biar saya cerita pengalaman saya bersama suami saya dengan produk ini. Rasanya saya tidak pernah lagi ceritakan rahsia kulit kami kepada sesiapa melainkan ahli keluarga kami sahaja.

Semasa tahun 2006, saya bercadang untuk mengambil suplemen untuk kegunaan suami saya kerana letih bekerja dan tidak ketinggalan juga saya pun mengambil kesempatan untuk makan sekali suplemen tersebut. Hihihi... Dari hari ke hari saya dapat rasakan perbezaan yang ketara dan sehinggakan ke awal tahun hari tu saya lihat kulit suami saya jauh berbeza berbanding dahulu. Sebelum ini kulitnya merupakan jenis jerawat yang besar dan berdarah (cuba bayangkan), jerawat di belakang badan (saya pasti ramai juga yang mempunyai bintik2 di belakang badan). Tetapi kini Jerawat pun tidak hinggap di kulit suami saya (mungkin jerawat segan, hihihi), belakang badan pun menjadi licin sungguh menakjubkan. Saya pula memang tiada jerawat di kulit sudah tentu x nampak perbezaannya tinggal lagi apa yang saya lihat kesan daripada penggunaan suplemen ini kulit saya tidak kusam seperti dahulu.

Saya amat percaya dengan keberkesanan produk ini. Ialah bayangkanlah suami saya ni lelaki manalah guna produk-produk kecantikan. Dia hanya guna pencuci muka sahaja dan bergantung bersama suplemen ini setiap hari. Setiap hari beliau hanya makan sebiji sahaja suplemen ini sebelum tidur. Tetapi saya lain saya harus menjaga kulit saya bukan sahaja produk kecantikan yang saya gunakan tetapi ditambah dengan suplemen ini untuk kecantikan kulit saya. hihihi... 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengesyorkan kepada customer2 saya yang mempunyai masalah jerawat atau sebagainya mengenai kulit muka anda. Cubalah suplemen ini. InshaAllah berkesan. Tetapi jangan hanya makan sehari dua nak tengok kesan dia. Itu sesuatu yang mustahil. Setiap apa yang kita lakukan perlukan usaha dan doa. Barulah terbukti keberkesanannya...

Saya juga telah menjadi ahli untuk membeli produk tersebut kerana kami sekeluarga telah mengamalkan produk ini semenjak tahun 2006.  Kalian yang hendak membeli bolehlah membeli terus kepada saya. Saya juga mencadangkan agar membeli sebotol produk ini dan ia cukup untuk 4 bulan. Dalam masa 4 bulan cuba lihat kesannya sekiranya masih belum jelas. Beli lagi cukup untuk 4 bulan kemudian. InsyaAllah lambat atau cepat kesannya pasti akan ada.

Inilah produk tersebut:

Vitamin E ~ Shaklee
Mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.


Pada dasarnya vitamin E ialah untuk…

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Ringkasnya :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Berminat untuk mendapatkannya hantar PM ke FB saya. InshaAllah saya akan membantu....













Monday 24 October 2011

Safi Rania Gold: Set Kirana dan Set Persona

Set Kirana (RM 33.00)

KANDUNGAN:

Serum 20ml
Gel Pembersih Wajah 50g

PERCUMA:

Krim Kecantikan 16g



Set Persona (RM 31.00)

KANDUNGAN:

Penyegar 80ml
Krim Pelembap Siang SPF20PA++ 40g

PERCUMA:

Krim Kecantikan 16g


 


Safi Rani Gold: Krim Kontur Mata

Krim Kontur Mata (RM15.00)

Bahagian sekitar mata yang halus amat mudah menjadi kering dan hilang keanjalannya, mengakibatkan pembentukan garis-garis halus dan bebayang hitam. Berikan ia perhatian dan penjagaan khusus yang sesuai.

Krim Kontur Mata Safi Rania Gold dirumus khusus untuk bahagian sekitar mata yang sensitif. Ia memperbaiki struktur kulit, mengurangkan tanda pembentukan garis halus dan bebayang hitam di sekitar mata.

Sesuai digunakan setiap hari dan malam untuk kesan yang lebih efektif.






Safi Rania Gold : Serum

Serum 20ml (RM26.90)


Kulit Wajah memerlukan nutrien yang mencukupi untuk mengelakkan ia kelihatan kusam dan tidak bermaya. Belailah kulit anda dengan penjagaan yang intensif yang lengkap.

Serum Safi Rania Gold mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak, bertindak secara intensif untuk mengurangkan kedalaman kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam.




Safi Rania Gold : Krim Pelembap Siang SPF20PA++, Krim Pelembap Malam dan Krim Kecantikan

Krim Pelembap Siang SPF20PA++
Krim Pelembap Siang SPF20PA++ (RM19.90)

Setiap hari kulit anda terdedah kepada pelbagai elemen yang boleh menjejaskan tekstur dan lembapan kulit, menyebabkan kulit hilang keanjalannya dan tona menjadi tidak sekata. Lindungi ia dengan penjagaan yang sesuai.

Krim Pelembap Siang SPF20PA++ Safi Rania Gold mengandungi perlindungan UV ekstra untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB. Ia juga menganjal serta melembapkan kulit sepanjang hari.

Elakkan mengguna krim pelembap pada bahagian mata sekeliling mata kerana krim yang kaya tidak sesuai pada kulit mata yang nipis. Ia akan mengakibatkan manik-manik minyak terkumpul pada bawah mata.

Krim Pelembap Malam


Krim Pelembap Malam (RM22.90)

Ketika tidur di malam hari kulit wajah anda melalui proses pemulihan sel secara semula jadi. Proses ini memerlukan nutrien yang mampu menghidrat kulit wajah untuk pertumbuhan sel yang sempurna.

Krim Pelembap Malam Safi Rania Gold bertindak secara intensif untuk mempertingkatkan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel serta menghidrat kulit wajah di waktu malam. Krim yang berasaskan gel ini menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus, menjadikan kulit wajah kekal awet muda dan lebih anjal.

Untuk bahagian sekeliling mata yang sensitif, gunakan Krim Kontur Mata Safi Rania Gold.

Krim Kecantikan



Krim Kecantikan (RM 8.50)

Kulit yang tidak mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan kusam dan tak bermaya. Garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan mula terbentuk.
Atasinya dengan penjagaan yang lengkap.

Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membekalkan nutrien penting yang bertindak mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus. Ia juga menganjal dan melembap di samping melindungi kulit daripada menjadi kusam.
Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan dan asas solekan untuk kulit wajah kekal awet muda, anjal dan cerah sentiasa.

 

Safi Rania Gold : Krim Pembersih Wajah, Gel Pembersih Wajah, Penyegar (Toner) & Skrub Wajah

Krim Pembersih Wajah 100g

Krim Pembersih Wajah  – 50g (RM7.50) / 100g (RM10.90)

Ketika berada di luar, kulit wajah anda terdedah kepada debu, kotoran dan minyak. Ia akan melekat dan menutupi liang roma dan menjeaskan kesihatan kulit.

Pembersih Wajah Safi Rania Gold membersih kotoran yang melekat serta sisa solekan di muka dengan berkesan di samping mengekalkan kesegaran kulit wajah. Ianya diperkaya dengan nutrien penting yang melembap dan membuatkan kulit terasa lembut serta mengembalikan keremajaan kulit. Kekalkan wajah segar, bersih dan berseri sepanjang hari.
Gel Pembersih Wajah 
100g
Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM7.50) /100g(RM10.90)

Apabila usia semakin meningkat, kulit semakin kurang kelembapannya. Kekerapan membersih muka akan membuatkan kulit cepat kering. Lindungi Kelembapan kulit wajah denga pembersih yang lembut.


Gel Pembersih Wajah Safi Rania Gold dirumus lembut dengan PH seimbang untuk membersih tanpa mengikis lembapan semula jadi kulit waja, agar kulit lebih anjal serta segar sepanjang hari.


Penyegar
80ml
Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM10.90)

Liang roma kulit wajah cenderung untuk terbuka dan membesar setiap kali wajah dibersihkan, membuatkan kulit lebih cepat kehilangan lembapan. Liang roma yang besar dan terbuka akan menjerat kotoran di udara, menyebabkan masalah kulit.


Penyegar Safi Rania Gold bertindak mengecilkan liang roma sambil menyediakan kulit untuk menyerap pelembap muka dengan lebih berkesan. Dirumus dengan air mawar, ianya tanpa alkohol dan tidak melekit untuk mengembalikan keanjalan dan kesegaran kulit.


Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM10.90)

Kulit mempunyai keupayaan mengelupas sel yang mati secara semula jadi. Namun apabila usia meningkat, keupayaan ini akan berkurangan menyebabkan sel kulit mati terperangkap di permukaan kulit dan membuatkan wajah kelihatan kusam dan tidak berseri.

Skrub Wajah Safi Rania Gold menanggalkan dengan lembut sel kulit mati yang menutupi liang roma untuk mengembalikan keserian kulit wajah. Berasaskan krim dengan PH seimbang ianya menghalus dan mengekalkan lembapan semula jadi kulit.

Monday 17 October 2011

Safi Rania Gold : Set Siang dan Set Malam


Set Siang & Set Malam cuma RM75
Anda boleh dapatkan kedua-dua set ini.


Ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. Antara produk yang menjadi pilihan ialah Safi Rania Gold. Ia bukan saja mudah didapati tapi harga yang jimat menarik ramai pembeli ingin mencubanya. Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.
Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk SAFI RANIA GOLD bolehlah lawati facebook Safi Rania Gold. Pasti anda akan teruja.. Jom Jelajah Facebook sy.