Tuesday 25 October 2011

~Rahsia Untuk Kulit Supaya Kekal Cantik~

Disini saya ingin kongsikan bersama rahsia kulit kekal cantik. Sebelum itu biar saya cerita pengalaman saya bersama suami saya dengan produk ini. Rasanya saya tidak pernah lagi ceritakan rahsia kulit kami kepada sesiapa melainkan ahli keluarga kami sahaja.

Semasa tahun 2006, saya bercadang untuk mengambil suplemen untuk kegunaan suami saya kerana letih bekerja dan tidak ketinggalan juga saya pun mengambil kesempatan untuk makan sekali suplemen tersebut. Hihihi... Dari hari ke hari saya dapat rasakan perbezaan yang ketara dan sehinggakan ke awal tahun hari tu saya lihat kulit suami saya jauh berbeza berbanding dahulu. Sebelum ini kulitnya merupakan jenis jerawat yang besar dan berdarah (cuba bayangkan), jerawat di belakang badan (saya pasti ramai juga yang mempunyai bintik2 di belakang badan). Tetapi kini Jerawat pun tidak hinggap di kulit suami saya (mungkin jerawat segan, hihihi), belakang badan pun menjadi licin sungguh menakjubkan. Saya pula memang tiada jerawat di kulit sudah tentu x nampak perbezaannya tinggal lagi apa yang saya lihat kesan daripada penggunaan suplemen ini kulit saya tidak kusam seperti dahulu.

Saya amat percaya dengan keberkesanan produk ini. Ialah bayangkanlah suami saya ni lelaki manalah guna produk-produk kecantikan. Dia hanya guna pencuci muka sahaja dan bergantung bersama suplemen ini setiap hari. Setiap hari beliau hanya makan sebiji sahaja suplemen ini sebelum tidur. Tetapi saya lain saya harus menjaga kulit saya bukan sahaja produk kecantikan yang saya gunakan tetapi ditambah dengan suplemen ini untuk kecantikan kulit saya. hihihi... 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengesyorkan kepada customer2 saya yang mempunyai masalah jerawat atau sebagainya mengenai kulit muka anda. Cubalah suplemen ini. InshaAllah berkesan. Tetapi jangan hanya makan sehari dua nak tengok kesan dia. Itu sesuatu yang mustahil. Setiap apa yang kita lakukan perlukan usaha dan doa. Barulah terbukti keberkesanannya...

Saya juga telah menjadi ahli untuk membeli produk tersebut kerana kami sekeluarga telah mengamalkan produk ini semenjak tahun 2006.  Kalian yang hendak membeli bolehlah membeli terus kepada saya. Saya juga mencadangkan agar membeli sebotol produk ini dan ia cukup untuk 4 bulan. Dalam masa 4 bulan cuba lihat kesannya sekiranya masih belum jelas. Beli lagi cukup untuk 4 bulan kemudian. InsyaAllah lambat atau cepat kesannya pasti akan ada.

Inilah produk tersebut:

Vitamin E ~ Shaklee
Mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.


Pada dasarnya vitamin E ialah untuk…

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Ringkasnya :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Berminat untuk mendapatkannya hantar PM ke FB saya. InshaAllah saya akan membantu....